KUALA LUMPUR – Tokoh Akademik Negara 2013, Prof Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan paru-paru, pagi tadi.

Anak tunggal Allahyarham, Datin Dr Rayslida Rashdan, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun, pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.

Allahyarham yang dilahirkan pada 31 Oktober 1935 dan berasal dari Kampung Berkat, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, adalah Naib Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1969 hingga 1971 dan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang pertama pada 1971 hingga 1982.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading