Terkini

KSN jadi pemudahcara antara agensi – Muhyiddin

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali, bakal menjadi peneraju utama bagi memudahcara antara agensi kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang sewajarnya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan ketika ini penjawat awam berdepan cabaran menawarkan perkhidmatan, berikutan situasi yang berubah ekoran penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan banyak sektor di negara ini terjejas.

Beliau berkata, ada amalan yang selama ini digunapakai sejak sekian lama, sudah tidak lagi sesuai dengan situasi semasa.

Katanya, ia bagi membolehkan sebarang isu dibangkitkan terutama membabitkan audit dapat diputuskan secara rasmi.

“Maka, untuk memastikan kembali seperti sedia kala, dalam situasi normal baharu, atau norma baharu, ia memerlukan satu tindakan lebih tersusun, yang lebih terancang dan teratur dengan dokongan setiap peringkat, terutama dalam pentadbiran kerajaan kerana kitalah pembekal perkhidmatan terbesar di negara kita.

“Perkhidmatan kita ini diperlukan semua pihak termasuk sektor ekonomi yang terjejas teruk. Apa peranan kita?

“Peranan kita ialah untuk ‘facilitate’ (memudahkan), not to frustrate (bukan untuk mengecewakan),” katanya pada Perhimpunan Bulanan pertamanya di Dataran Perdana, di sini, pagi ini.

Selepas empat bulan menerajui negara, hari ini buat pertama kali Perdana Menteri, menghadiri Perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri.

Perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Perdana Menteri itu, diadakan di Dataran Perdana di Bangunan Perdana Putra, di sini dengan dihadiri kira-kira 250 pegawai dan kakitangan.

Muhyiddin berkata, bagi membantu sektor ekonomi kembali ke landasannya, ada amalan dan prosedur yang selama ini digunapakai dinilai semula termasuk tempoh kelulusan permohonan dan lesen.

Beliau berkata, ia juga termasuk cara kerja serta kebenaran kepada Ketua agensi dan jabatan untuk membuat keputusan segera.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan Pelan Anti Rasuah Nasional yang dilancarkan oleh pentadbiran terdahulu bagi memastikan negara bersih dan berintegriti.

Katanya, beliau tidak akan berkompromi dengan perkara itu.

“Pelan Anti Rasuah Nasional yang dipersetujui bersama oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan bagi menentukan urusan pentadbiran berlandaskan undang-undang,” katanya.

Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan pada 29 Januari lalu, oleh Perdana Menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi antara inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Pelaksanaan pelan ini dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: