Bisnes

Kempen beli barangan Malaysia di Shopee sasar jualan RM513 juta

Kuala Lumpur – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), berada di landasan tepat untuk mencapai jualan sebanyak RM513 juta yang dijana melalui Kempen Beli Barangan Malaysia yang berlangsung sepanjang Julai hingga Disember ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat melepasi nilai jualan RM430 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Katanya, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pengusaha tempatan terutama mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Justeru kempen ini dilakukan sebagai strategi kerajaan bagi membantu usahawan, pengilang dan pengusaha tempatan agar perniagaan mereka tidak hilang kerana ramai pekerja yang bergantung kepada mereka.

“Jadi, jika kita dapat membantu usahawan, sudah tentu pekerja di semua syarikat itu akan lebih terjamin pekerjaan mereka.

“Sepanjang kempen ini juga kami menyasarkan 13,000 produk tempatan pelbagai kategori termasuk barangan dan perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia di Shopee menerusi portal aplikasi baharu yang dikenali sebagai Buy Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Ketua Produk Konsumer Cepat Laris (FMCG) Shopee Malaysia, Tan Ming Kit.

Sementara itu, Shopee Malaysia akan memperluas penawaran produk buatan Malaysia secara proaktif menerusi portal dalam aplikasi dikenali Buy Malaysia bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan penjual serta perniagaan tempatan.

Menerusi Buy Malaysia, portal dalam aplikasi yang bercirikan Jalur Gemilang itu akan memberikan lebih tumpuan kepada barangan buatan Malaysia dan peniaga tempatan.

Ia boleh dikenal pasti dengan mudah di aplikasi mudah alih Shopee dan laman web Shopee.

Tan berkata, ketika ini Shopee mempunyai lebih 11,500 produk dan pihaknya berhasrat untuk meningkatkan angka ini selaras dengan inisiatif Buy Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: