
Kuala Lumpur – Seperti bait-bait lagu ‘Ku Takkan Menyerah’ yang pernah dinyanyikan oleh pengasas produk DMS360, Allahyarham Dato Seri Dr Muhamad Ruslan Shah atau lebih popular dengan panggilan CFU DMS, begitu jugalah semangat yang ada pada legasinya kini, Mohamad Shah Putera bin Mohamad Ruslan, 22 tahun atau kini dikenali abang DMS dan adik beliau, Mohamad Shah Indera bin Mohamad Ruslan, 20 tahun.
Dua beradik itu kini dilihat kuat bersemangat meneruskan empayar perniagaan arwah bapanya meskipun usia masih muda.
Mohamad Shah Putera menyifatkan pengorbanan serta perjuangan arwah bapanya dalam bidang perniagaan terutama membantu golongan wanita menambah jana pendapatan amat mengagumkan. Dengan itu, beliau dan adiknya tekad meneruskan perjuangan itu memandangkan permintaan yang masih tinggi.
“Saya rasa bangga dan terharu kerana DMS360 masih ada permintaan tinggi dan rata-rata pengguna sangat berpuas hati dengan keberkesanan produk yang diasaskan arwah bapa”
“Oleh itu, kami tekad untuk meneruskannya disamping memberi peluang kepada para stokis dan agen sedia dan baru agar dapat terus menjana pendapatan tambahan” katanya.

Dua beradik itu kini sedang menuntut dalam jurusan perniagaan dan berhasrat memperluaskan kepada generasi kedua dan mengumpul kembali stokis dan agen sedia ada yang hampir 1,000 orang bagi meneruskan kesinambungan momentum perniagaan.
Antara strategi yang akan digempur adalah menjalankan Road Tour di seluruh Malaysia sambil merekrut agen baharu. Selain itu, pemasaran secara menyeluruh melalui platform media sosial juga bakal digunakan bagi membolehkan peluasan di segenap negara dan juga luar negara. DMS360 kini telah berjaya mempelopori pemasaran luar negara meliputi Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan New Zealand.
DMS360 juga bakal meneruskan sistem ganjaran (reward) yang digunakan dahulu namun ditambah menarik lagi seperti ganjaran percutian, umrah, diskaun hebat dan banyak lagi demi memotivasi para stokis dan agen seluruh negara.

Bagi membuka peluang kepada lebih ramai agen baharu, pendaftaran telah dibuka dengan harga RM360 sahaja dimana sebelum ini adalah RM1000. Ini membolehkan lebih ramai para wanita, suri rumah dan juga kaum lelaki untuk bersama menjana pendapatan lumayan dalam memansarkan produk DMS360.
“Kami perkenalkan sistem 3k (S3K) sebagai panduan dimana ianya memerlukan restok dari agen kepada stokis dengan nilai produk sekurang-kurangnya RM3000 bagi membolehkan mereka menikmati kadar diskaun agen yang menarik”

“Ianya sekaligus sebagai memastikan kita dapat melahirkan agen berkualiti dan efektif untuk mempromosikan produk ini” katanya kepada Malaysianews TV.
Legasi baharu DMS360 itu juga berharap dapat merealisasikan impian agar terus sukses dan terkenal sebagai produk buatan Malaysia berkualiti di seluruh dunia.
