Shah Alam – Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia merupakan sebuah badan gabungan di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) di mana ahlinya terdiri dari kalangan peminat sukan permotoran di rancangan FELDA seluruh Negara. Persatuan ini mula bergerak aktif dari tahun 2003 bagi memberi pendedahan kepada masyarakat FELDA secara khususnya belia dalam aktiviti permotoran.

Selaras dengan itu, persatuan ini banyak menganjurkan Pertandingan Motocross di litar-litar Motocross yang terdapat banyak di rancangan FELDA termasuk di FELDA Sahabat Sabah. Selain dari itu Persatuan juga membantu ahli-ahlinya untuk membuka bengkel-bengkel motosikal di rancangan FELDA.

Persatuan telah melahirkan ramai jaguh-jaguh motocross di peringkat nasional. 

Persatuan Sukan Bermotor Gabungan Wawasan Generasi FELDA merupakan 1 dari 14 badan gabungan yang bernaung di bawah GWGF dengan ini menyokong penuh kepada kenyataan oleh Presiden GWGF YBhg. Tan Sri Rozali Ismail supaya FELDA memberikan perhatian dan pertimbangan terhadap masalah isu tanam semula sawit, penyata hutang tahunan/bulanan,
pendidikan, masalah sosial dan bekalan air di rancangan-rancangan tanah FELDA.

Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Peneroka FELDA
Kebangsaan yang diadakan di MRSM FELDA, Trolak Perak pada 7hb Julai 2020 yang lalu
menunjukan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan seluruh masyarakat di rancangan
FELDA.

Ini memberi sinar harapan baru dimana beberapa isu penting diambil berat oleh Perdana Menteri Malaysia. Dengan insentif ini, kami berharap masalah pengurusan ladang seperti jalan pertanian yang rosak, masalah bayaran kepada kontraktor dapat diselesaikan dan seterusnya meningkatkan produktiviti ladang sawit.

Persatuan Sukan Bermotor GWGF sentiasa menyokong usaha GWGF untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi membantu dalam menjaga kebajikan peneroka.

Ini akan memberi kesan yang baik kepada ekosistem ekonomi negara. Keperihatinan dan komitmen YAB Perdana Menteri untuk melihat FELDA bangkit semula dengan cemerlang patut
disambut baik oleh seluruh warga Peneroka.

Sebagai salah satu persatuan yang aktif dibawah gabungan GWGF,  menyeru semua ahli-ahli Persatuan Sukan Bermotor GWGF di seluruh rancangan FELDA untuk terus aktif melaksanakan program-program sukan bermotor khususnya sukan motocross dan berganding bahu bersama-sama GWGF dan kerajaan bagi memartabatkan institusi FELDA dan seluruh warganya yang tercinta.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading