Terkini

Mural papar potret pemimpin negara diconteng perkataan kesat

KUALA LUMPUR – Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam satu ciapan Twitter pemilik akaun @MrJamesLabu, memaparkan video berdurasi 14 saat mengenai keadaan mural tersebut selepas diconteng dengan perkataan tidak senonoh.

Malah terdapat kata-kata kesat ditulis bersebelahan potret gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Mural berkenaan telah dilukis oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah pernah berkenan mencemar duli melawat mural gergasi berkenaan begitu juga dengan Dr. Noor  Hisham.

Antara gambar pemimpin di mural gergasi itu termasuk Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Difahamkan pihak polis telah tiba di lokasi kejadian untuk tujuan siasatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: