Terkini

Solat sunat Aidiladha dibenarkan di Kelantan

KELANTAN – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memberi perkenan agar solat sunat Aidiladha dilaksanakan di negeri itu.

Namun solat sunat yang diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) harus dibuat secara terkawal bagi mengekang penularan COVID-19, lapor Sinar Harian.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, jemaah berumur 70 tahun ke atas dihadkan kepada 30 orang sahaja dan ditempatkan di ruang yang khusus bagi masjid yang berkapasiti melebihi 500 individu.

“Jemaah yang bergejala atau menghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.

“Selain mematuhi penjarakan sosial 1 meter, semua jemaah yang hadir hendaklah membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka dan mengambil air wuduk di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masjid, surau dan musala hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan akan ditutup selepas solat disempurnakan.

Tambahnya, jawatankuasa masjid dan jemaah hendaklah mematuhi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan kehadiran jemaah harus direkodkan dalam aplikasi MySejahtera atau borang daftar hadir atau dalam buku kehadiran.

Katanya, jemaah wanita juga dibenarkan solat namun perlu diberi keutamaan kepada jemaah lelaki sekiranya tempat solat di masjid tidak mempunyai ruang mencukupi untuk semua jemaah.

Pada masa sama, jemaah juga tidak dibenarkan untuk berkumpul setelah selesai aktiviti sama ada di dalam atau di luar masjid, surau dan musala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: