Bisnes

Snek kulit ayam Chickin dilancarkan, buka peluang ejen serendah RM85

 

Kuala Lumpur – Snek kulit ayam pertama di Malaysia, Chickin keluaran NOURS Venture Sdn Bhd (NOUR’S) secara rasmi dilancarkan malam tadi di Lepaking 1.0, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Dengan idea mengkomersilkan kulit ayam menjadi snek ringan, pengasas Faiz Hilmy bersama rakannya Syaira Sadle menjelaskan ianya terhasil melalui beberapa kajian formulasi, saringan dan uji rasa agar penghasilan berkualiti tinggi dapat dinikmati para pelanggan. 

Sebagai antara individu yang terkesan akibat pemberhentian kerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengasas tidak patah semangat dan terus bangkit menceburi bidang perniagaan.

“Produk NOUR’S Chickin ini sudah mula berada dipasaran sejak pertengahan Julai lalu dan pemilihan snek kulit ayam ini kerana ramai orang yang suka makan kulit ayam yang digoreng rangup.

“Snek kulit ayam Chickin mempunyai kualiti dan standard tersendiri. Ianya diproses dengan teliti agar snek yang dihasilkan tidak langsung bercampur dengan lemak,” katanya kepada Malaysianews TV.

Pengasas Bersama NOUR’S, Syaira Sadle berkata, peluang dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi ejen dengan model RM85 supaya setiap orang mampu menyertainya sekali gus menjana pendapatan dengan Chickin. 

“Dengan misi untuk membantu lebih ramai orang untuk mula berniaga dan menjana pendapatan tambahan serta melahirkan lebih ramai penyumbang kepada zakat di kalangan warga jualan NOUR’S,” katanya.

Jelasnya lagi, walaupun masih ada segelintir masyarakat yang agak paranoid pada kulit ayam, ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat kerana yakin snek Chickin adalah kudapan yang sesuai dimakan berikutan ianya diproses dengan teliti dan melalui standard kualiti pengeluar yang ditetapkan.

Ianya dikuatkan lagi berdasarkan kepada kenyataan dari pakar kesihatan dari Universiti Harvard yang mengatakan kulit ayam mengandungi lebih banyak asid lemak Omega 6 berbanding Omega 3 dan bukanlah terdiri daripada lemak trans sekali gus ianya baik untuk jantung.

“Snek Chickin diproses dengan melalui pelbagai peringkat, kerana kami menghasilkan snek kulit ayam tanpa lemak dan ianya perlu menjalani proses pembuangan lemak yang agak renyah dan digoreng dengan kuantiti minyak serta perasa mengikut SOP syarikat kami.

Katanya, untuk menjadi ejen adalah mudah dengan hanya klik dan isi butiran diri di https://nours.onpay.my/order/form/new agent noursvengers

Sementara itu, NOUR’S berterima kasih kepada penaja lokasi Lepaking dan penaja makanan untuk acara ‘food Challenge’ iaitu Dessert Heaven, Chick ‘n’ Cone, Aroi Cuisine, Lodevole, AYO! fried chicken dan Joe’s Kitchen. Pada majlis pelancaran itu turut diadakan beberapa acara menarik iaitu cabaran King of eat alert!, Spicy Rush, The Flash Challenge dan Guess Me! yang menawarkan hadiah wang tunai RM200.

Selain itu, para pelanggan berpeluang menyertai peraduan Gaji Setahun – Beli & Menang!. Peraduan terbuka dengan membeli Chickin dan imbas kod QR yang tertera di label botol. Tarikh tutup penyertaan pada 20 september 2020.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: