KUALA LUMPUR – Bersiap sedia untuk MERDEKA FROM CASH (Bebas dari Tunai) dengan
kempen terkini daripada Touch ‘n Go eWallet sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia! Dengan ganjaran lebih selamat, #banyakmeriah, dan #ekstrapatriotik seperti Tag TNG RFID, pin tambah nilai, konsol permainan video, baucar dan stay-cation di seluruh negara yang bernilai lebih RM10,000, rakyat Malaysia bakal menikmati faedah transaksi tanpa sentuh dan selamat dengan Touch ‘n Go eWallet.

Aspek keselamatan dan kebersihan merupakan faktor utama transaksi tanpa tunai menjadi semakin relevan. Touch ‘n Go eWallet terus berperanan mengukuhkan strategi perniagaan mereka untuk memastikan rakyat Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai menerusi cara yang #lebihselamat.

Kempen unik ini bermula dengan video Merdeka from Cash yang memaparkan 4 warga Malaysia yang lebih berusia tetapi celik teknologi, di mana mereka menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah Merdeka from Cash tersendiri di rangkaian media sosial Touch ‘n Go eWallet. 63 perkongsian yang paling kreatif akan dipilih untuk disiarkan dan menerima hadiah lumayan yang #banyakmeriah.

“Hari Kebangsaan ke-63 akan disambut tidak lama lagi dan saya benar-benar bangga melihat perubahan rakyat Malaysia tanpa mengira usia yang sudah mula menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk membebaskan diri dari kesulitan menggunakan wang tunai. Kadar peningkatan penggunaan e-dagang di negara kita yang semakin meningkat kini menjadikan Malaysia negara yang mempunyai pengguna eWallet terbanyak di Asia Tenggara 1 . Kami saksikan peningkatan bilangan pengguna yang melonjak daripada 11 juta ke 14 juta dan ini membuktikan bahawa kita semua sedang menuju ke arah peningkatan ekonomi secara digital,” kata Ignatius Ong, CEO, TNG Digital Sdn Bhd.

Bagi menerapkan sifat #ekstrapatriotik serta memberi sokongan kepada jenama tempatan, Touch ‘n Go eWallet juga bangga bekerjasama dengan Firefly, Touch ‘n Go, Gamer’s Hideout, MULA, Pestle & Mortar Clothing, Lim Tayar, Wolo Hotel serta Cheong Fatt Tze Mansion di Pulau Pinang melalui kandungan serta ganjaran harian. Inisiatif ini juga bertujuan meraikan kemerdekaan daripada wang tunai kerana 14 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet telah membuktikan bahawan gaya hidup ini lebih mudah dan selamat.

Baru-baru ini, Touch ‘n Go eWallet juga telah membolehkan pemegang kad kredit menebus kredit eWallet dari kad kredit dan mata ganjaran untuk pembayaran tol melalui PayDirect/RFID, bil, pembayaran balik dan pembelian di farmasi, kedai runcit serta dalam talian di seluruh negara. Bank serta program ganjaran yang mengambil bahagian adalah CIMB, Genting Rewards Alliance, Hong Leong Bank, Standard Chartered dan United Overseas Bank (UOB).

“Penggunaan yang berterusan bukan saja membentuk transaksi mudah, tapi juga mendidik dan memperkasakan rakyat untuk mempertahan kewangan mereka. Bagi pihak Touch ‘n Go eWallet, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!,” tambah Ong lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Merdeka from Cash dan promosi terkini, sila layari:

Laman web https://www.tngdigital.com.my/
Laman Facebook www.facebook.com/touchngoewallet
Laman Instagram www.instagram.com/touchngoewallet/

Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store dan juga Huawei AppGallery.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading