Gaya Hidup

realme Design Studio Malaysia kini dibuka secara rasmi

Petaling Jaya – Realme Design Studio kini dibuka secara rasmi. Menggabungkan elemen teknologi dan karya kreatif, ia merupakan studio pertama Realme di Malaysia. Studio ini juga merupakan hasil kerjasama Realme dengan sejumlah pereka terkenal seperti Narato Fukusawa dan Jose Levy dalam menghasilkan produk yang relevan mengikut trend semasa.

Pembukaan studio ini menandakan satu lagi sejarah baharu buat Realme dalam terus memberikan yang terbaik buat para peminat setia. Difahamkan, pembinaan untuk studio ini hanya mengambil masa sekitar 20 hari sahaja dan hiasan dalamannya turut menerima sentuhan daripada sejumlah pereka terkenal.

Dalam perkembangan lain, Realme juga akan mengadakan festival khas untuk para peminat pada 28 – 31 Ogos ini. Festival ini akan menampilkan persembahan menarik daripada sejumlah selebriti tempatan terkenal dan pelbagai lagi aktiviti menarik lain turut akan diadakan.

Realme Design Studio terletak di Lot : 58370 , Jalan Sungai Penchala , Kampung Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur. Ataupun, anda hanya perlu taip sahaja ‘Realme Design Studio‘ pada aplikasi Waze dan Google Maps.

realme juga telah berkerjasama dengan pelbagai jenama popular dikalangan golongan muda Malaysia seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: