Terkini

Prasarana lancar Projek Sejahtera 2020, suntik semangat patriotik


KUALA LUMPUR – Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Merdeka berhampiran Stadium Merdeka, di sini hari ini umpama kembali ke zaman silam sewaktu pemasyhuran kemerdekaan kali pertama yang berlangsung di stadium berkenaan.

Bukan sahaja ramai yang berpakaian tradisional pelbagai kaum dan bangsa malah laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bergema di lokasi berkenaan sekali gus menyegarkan semula semangat patriotik sesiapa sahaja yang berada di kawasan itu.

Anjuran bersama Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), ini adalah antara usaha kedua-dua syarikat dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 menerusi insiatif ‘Projek Sejahtera 2020.’

Selain berpakaian tradisional, staf kedua-dua syarikat yang bergerak melalui MRT dari stesen Pasar Seni ke stesen itu dilihat turut tidak kekok menyanyikan lagu-lagu patriotik dari awal perjalanan sehingga tiba ke stesen Merdeka sehingga turut disertai secara spontan oleh orang ramai yang berada di situ.

Program itu disemarakkan lagi dengan bacaan Rukun Negara yang diketuai Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim.

Tajuddin berkata, sambutan itu diharap mampu menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat selain menghayati kembali lima prinsip Rukun Negara yang dipaparkan di stesen MRT tersebut.

“Kita juga perlu sentiasa bersyukur serta menghargai keamanan dan kesejahteraan negara ini,” katanya ketika berucap pada program itu.

Acara itu diakhiri dengan persembahan aksi rasa kilas atau ‘flash mob’ nyanyian dan tarian tradisional serta laungan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Tajuddin turut mengumumkan inisiatif ‘ RapidKL Free Car Boot Space@LRT‘ yang akan bermula pada 19 September ini, bertujuan menyediakan platform kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata inisiatif itu akan dimulakan di lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT) iaitu Glenmarie, Kelana Jaya, Cempaka, Pudu serta Pandan Indah pada setiap Sabtu dan Ahad.

“Ini adalah usaha kita dalam menyokong usahawan PKS bangkit semula selepas terjejas akibat COVID-19, hanya bayaran sekali sebanyak RM40 dikenakan ” katanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: