Kuala Lumpur – Dalam ikhtiar membantu warga Malaysia ketika menuju ke
arah pemulihan, memelihara kesihatan dan kesejahteraan ataupun melindungi aset
kegunaan harian, e-dompet tempatan Boost memperkenalkan rangkaian komprehensif
liputan insurans/takaful mikro di bawah lencana ‘Boost Protect’. Ciri baharu ini yang
tersedia pada tile ‘Insurans’ di aplikasi Boost menandakan langkah pertama Boost
kepada penggunaan e-dompet untuk tujuan selain pembayaran dan kepada
perkhidmatan kewangan digital.


Eksklusif untuk pengguna Boost, ‘Boost Protect’ menawarkan pelbagai liputan yang
ditaja jamin oleh Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad, Great Eastern Life
Assurance (Malaysia) Berhad dan Great Eastern Takaful Berhad dan dipacu oleh Aspirasi.


Liputan dapat dilihat dan dibeli dengan mudah dalam aplikasi Boost. Antara tujuh
liputan yang ditawarkan di bawah ‘Boost Protect’ termasuk:


BillProtect1 – dengan bayaran RM30 hanya sekali untuk perlindungan 6 bulan,
dapatkan penebusan untuk bil utiliti yang layak sehingga RM1,000 jika
dihospitalisasi lebih daripada 4 hari akibat kemalangan atau pembayaran
sekaligus sekiranya berlaku hilang upaya yang kekal disebabkan kejadian tanpa
sengaja, atau kematian.


CardProtect2 – perlindungan bil kad kredit daripada kejadian mengejut seperti
kemalangan yang menyebabkan kehilangan upaya atau kematian, dengan
bayaran cuma RM10 untuk perlindungan 6 bulan.


HospiCash2– dengan bayaran RM60 hanya sekali untuk perlindungan 6 bulan,
pengguna akan menerima elaun harian RM100 untuk meringankan beban ketika
hospitalisasi.


Protect Super62 – perlindungan mampu milik selama 6 bulan pada harga RM39
jika berlaku penyakit kritikal atau kematian akibat kemalangan.


ProtectActive3 – perlindungan untuk kemalangan berkaitan sukan dan aktiviti
kecergasan pada kadar cuma RM6.25 setiap bulan.


ScreenProtect1 – dapatkan penebusan kos mengganti atau memperbaiki skrin
telefon pintar disebabkan kerosakan tanpa sengaja, pada kadar RM100 untuk
liputan 1 tahun.


• SME OwnerProtect1– dengan bayaran RM45 hanya sekali untuk perlindungan 1
tahun, pemilik perniagaan PKS akan mendapat penebusan untuk perbelanjaan
kecemasan sehingga RM1,000 sekiranya dihospitalisasi lebih daripada 4 hari .

Sebagai faedah nilai tambah, setiap pakej insurans/takaful ‘Boost Protect’ disertakan dengan COVID-19 Assist, program bantuan kewangan tambahan jika berlaku jangkitan COVID-19. Pemegang insurans ‘Boost Protect’ menerima bantuan tunai hospitalisasi sebanyak RM200 pada setiap hari dari diagnosis dan sehingga tempoh 60 hari serta bantuan kewangan RM20,000 jika berlaku kematian akibat COVID-19.


“Berikutan pengalaman melalui pandemik, warga Malaysia semakin menekankan perlindungan diri untuk masa hadapan, kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan am juga telah meningkat.

Kami berusaha untuk #KitaBoostKita supaya ia dapat memberi pengguna Boost perlindungan dan ketenteraman hati sempena meneruskan kehidupan atau perniagaan dalam pandemik ini pada kos yang sangat rendah.

Oleh itu, pengguna boleh menikmati perlindungan bersaiz mini untuk liputan ekstra besar dan memenuhi pelbagai keperluan mereka. Penyediaan liputan insurans/takaful mikro sekadar permulaan kepada rencana kami dalam perkhidmatan kewangan digital melalui pelantar e-dompet. Kami mempunyai rencana yang lebih besar untuk memperluaskan perkhidmatan ini dalam tahun-tahun yang mendatang,” ujar Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

Pengguna boleh melayari dengan mudah untuk menerima maklumat terperinci tentang pelan liputan serta membeli pelan perlindungan pilihan melalui tile ‘Insurans’ dengan hanya beberapa klik.


Boost merupakan rakan e-dompet rasmi untuk tiga inisiatif PENJANA yang dilancarkan oleh kerajaan – ePENJANA, Kempen E-Dagang Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMPKS) serta Shop Malaysia Online. Boost bermatlamat untuk menyumbang kepada usaha kolektif bagi membina semula ekonomi, khususnya dengan membantu pedagang PKSM bergiat semula dan pulih dengan membawa perniagaan mereka ke dunia dalam talian.


Sebagai inisiatif tambahan, Boost #KasiTambah pulangan tunai sebanyak RM5 daripada ‘Partner Wallet’ pelan insurans Great Eastern untuk memulakan perjalanan pengguna dalam memperoleh perlindungan, apabila pengguna menuntut dan membelanja daripada kredit ePENJANA yang berjumlah RM50. Ini sempena kempen #KasiTambah yang turut dijalankan dalam Kempen E-Dagang PMPKS dan Shop Malaysia Online.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading