Terkini

948 kawasan pulih sepenuhnya – Air Selangor

KUALA LUMPUR – Sebanyak 948 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sejak Khamis lalu selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) ditutup ekoran pencemaran bau telah pulih sepenuhnya sehingga pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) Elina Baseri berkata, setakat pagi tadi juga, 344 lagi kawasan masih dalam proses pemulihan.

Menurutnya, secara keseluruhan, 73.3 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah pulih sepenuhnya.

“Peratusan pemulihan mengikut wilayah pula seperti berikut Petaling 91.7 peratus, Klang/Shah Alam (38.4); Gombak (72.9); Kuala Lumpur (47.3); Hulu Selangor (100); Kuala Langat (50) dan Kuala Selangor (99.2).

“Bagi kumpulan 1 (pengguna sekitar Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur) masalah bekalan air sepatutnya telah pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Bagaimanapun, 71 lagi kawasan melibatkan kumpulan itu masih terjejas ekoran pengguna yang telah mendapat bekalan air membuat penyimpanan secara berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru katanya, pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan.

“Pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi Air Selangor serta semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang http://www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: