Terkini

Malakat Mall kumpul usahawan Bumiputera, ketengah produk berkualiti – Wan Junaidi

Cyberjaya – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr Wan Junaidi hadir merasmikan pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya yang diasas dan diusahakan oleh Fadzil Hashim bersama-sama dengan Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Beliau merupakan seorang anak muda dan usahawan yang mempunyai cita-cita, semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa koperasi juga mampu memiliki pasaraya yang boleh menempatkan barangan keluaran kaum Melayu dan Bumiputera.

Wan Junaidi berkata beliau menyokong penuh visi dan misi penubuhan Malakat Mall ini dan telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan MEDAC untuk membantu dan menjayakan usahasama ini.

Pusat perniagaan yang diwujudkan ini merupakan pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim dan Bumiputera.

Malakat Mall juga boleh menjadi platform untuk membantu usahawan Bumiputera dan juga koperasi memperkenal dan mengetengahkan produk-produk berkualiti mereka kepada umum.

“Saya berharap agar pihak pengurusan Malakat Mall boleh bekerjasama dengan agensi di bawah MEDAC seperti SKM dan PNS dalam meningkatkan bilangan produk tempatan di pasaran”, katanya lagi.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Pengerusi SKM, Datuk Nordin bin Salleh, Pengerusi KoPPIM, Dato’ Nadzim bin Johan, pegawai-pegawai kanan MEDAC dan juga ketua-ketua agensi MEDAC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: