Terkini

Ar Rahnu YaPEIM perkenal insuran i-Protect, lancar cabutan kesetiaan Ar Rahnu 2020

Petaling Jaya – Ar Rahnu YaPEIM merupakan Ar Rahnu pertama menawarkan perkhidmatan takaful perlindungan terhadap transaksi gadaian dengan nilai perlindungan serendah RM1.25 untuk setiap RM1,000 Nilai Marhun (Nilai Barang Kemas) untuk tempoh perlindungan sehingga 12 bulan selagi transaksi gadaian tidak ditebus.

Kelebihan Ar Rahnu YaPEIM i-Protect ialah melindungi barang kemas milik pelanggan Ar Rahnu YaPElM sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada para pelanggan serta mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh waris dalan mendapatkan semula barang gadaian apabila berlaku perkara tidak diingini kepada para pelanggan.

Dalam pada itu, ianya juga memastikan segala jumlah pembiayaan termasuk upah simpan yang perlu dibayar ditanggung sepenuhnya oleh penyedia takaful.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Puan Parihah Hasan menjelaskan, sebarang lebihan kepada nilai takaful akan dipulangkan semula kepada waris apabila tuntutan dibuat.

“Ini merupakan satu langkah terbaik yang ada dalam sistem gadaian islam dimana penyediaan insuran ini tidak membebankan waris jika ada apa-apa berlaku kepada penggadai. Ianya boleh dituntut sekiranya penggadai mengalami kecacatan kekal atau meninggal dunia”

“Insuran i-Protect ini bukanlah paksaan dan ianya bergantung jika para pelanggan ingin menyertainya”

Ar Rahnu YaPElM juga meraikan pelanggan yang bertuah dan berjaya dalam Cabutan Kesetiaan yang telah berlangsung sejak julai lalu. Sebanyak 100,356 transaksi direkod telah menyertai kempen Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM bagi tempoh Julai dan Ogos 2020.

Kempen yang bermula pada 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020 menawarkan 3 hadiah lumayan berupa 1 gram wafer emas sebanyak 576keping yang bernilai hampir RM200,000.00. Cabutan ini akan dibuat dua bulan sekali iaitu yang pertama pada bulan September 2020, cabutan kedua pada bulan November 2020 dan yang terakhir pada bulan Januari 2021.

Cabutan pertama disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Pemangku Ketua Pengarah YaPElM, Puan Parihah Hasan. Sebanyak 203 cabutan pertama telah dilakukan. Peluang untuk memenangi kempen ini masih terbuka sehingga 31 Disember 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: