KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-dagang no.1 Malaysia, menyempurnakan 9.9
Super Shopping Day yang paling berjaya setakat ini. Dikuasai oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9
Super Shopping Day membawakan hiburan dan tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna
dan mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk para penjual dan rakan jenama, dengan lebih 12 juta
barangan dijual dalam sejam pertama bagi 9 September.


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami amat berterima kasih kepada para
pengguna, penjual dan juga rakan jenama atas sokongan padu yang diberi terhadap 9.9 Super
Shopping Day. Tahun ini, kami mempunyai matlamat yang ringkas dan jelas bagi acara membeli-belah
tahunan khas kami iaitu membantu komuniti kami pulih daripada kesan pandemik global.

Ini termasuk mempercepatkan pemulihan untuk para penjual dan rakan jenama sambil menawarkan
pengalaman membeli-belah yang unggul kepada pengguna kami. Kami gembira kerana kami sekali
lagi berjaya mencapai prestasi luar biasa yang memecah rekod. Ini menunjukkan komitmen kami
untuk berkembang bersama dengan komuniti dan perniagaan yang menerima perkhidmatan kami.”

9.9 Super Shopping Day merupakan batu loncatan bagi pemulihan ekonomi kerana para penjual dan
rakan jenama di rantau ini memaksimumkan keterlihatan dan jualan mereka di Shopee. Jenama dan
penjual yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut menikmati peningkatan jualan, dengan
700,000 produk dijual dalam seminit pada kemuncak 9 September.


Ekosistem Shopee yang kukuh memastikan urusan jual beli atas talian kekal lancar walaupun aktiviti
membeli-belah memuncak semasa 9.9 Super Shopping Day. Para penjual dan rakan jenama
memanfaatkan rangkaian logistik bersepadu Shopee untuk memenuhi pesanan mereka, sementara
para pengguna menikmati transaksi yang lancar dengan pelbagai pilihan pembayaran di Shopee,
termasuk dompet mudah alihnya ShopeePay.


Shopee juga membawakan koleksi hiburan yang hebat sepanjang 9.9 Super Shopping Day. Para
pengguna menikmati keseronokan sepanjang hari dan memperoleh ganjaran istimewa dengan
rangkaian permainan yang diperluas dalam aplikasi Shopee, dengan 250 juta permintaan untuk
menyiram air di permainan kegemaran orang ramai, Shopee Farm.

Para pengguna menonton Shopee Live untuk berhubung dengan selebriti, penjual, dan jenama
semasa tempoh 9.9 Super Shopping Day. Jumlah masa yang diluangkan untuk menonton penstriman
langsung Shopee Live meningkat sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan hari biasa, diserlahkan
oleh countdown dan penstriman langsung tanpa henti pada 9 September bagi meraikan 9.9 Super
Shopping Day dengan para pengguna di rantau ini. Shopee Live juga membolehkan para pengguna
mengetahui dan membeli mengikut trend terbaru, dengan 2.5 kali ganda lebih banyak produk dibeli
semasa penstriman langsung dalam tempoh ini berbanding dengan hari biasa.

9.9 Super Shopping Day juga merupakan kejayaan besar di Malaysia. Kelengkapan rumah dan
kediaman merupakan salah satu kategori produk yang paling popular pada 9 September dengan
rakyat Malaysia beralih ke Shopee untuk menyerlahkan rumah mereka.


Rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat memanfaatkan 9.9 Super Shopping Day untuk
memenuhi keperluan membeli-belah mereka, seiring dengan pembelian atas talian yang menjadi lebih
penting semasa kebiasaan baharu. Khususnya, kaum lelaki banyak membeli telefon pintar sementara
sabun pencuci pakaian menjadi kegemaran di kalangan kaum wanita. Produk bayi termasuk lampin
bayi, tisu basah dan pelitup muka untuk kanak-kanak sangat popular di kalangan pengguna berusia
18 hingga 34.

Pengguna berusia 35 hingga 50 pula kebanyakkannya membeli kelengkapan rumah seperti alatan untuk penyimpanan misalnya rak dan kotak storan serta bekalan untuk membasuh seperti sabun pencuci dan juga span. Sementara itu, pengguna dari semua peringkat umur tanpa mengira jantina dan bangsa dilihat membeli MILO yang terbukti merupakan minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia.


Jenama, peruncit dan penjual barangan mudah alih serta elektronik di Shopee Malaysia mencatat
prestasi hebat pada 9 September. Sebagai bukti kepada permintaan tinggi oleh pembeli, 1,000 unit
telefon pintar POCO X3 NFC (6GB + 128GB) yang baru dilancarkan berjaya dijual dalam masa 2 minit
pertama jualan ini, pada pukul 12.02 tengah malam.


Ho merumuskan, “9.9 Super Shopping Day memulakan musim membeli-belah akhir tahun dan tahun
ini, ia juga menandakan permulaan usaha kami untuk mengorak masa depan e-dagang dalam
kebiasaan baharu. Kami berjanji akan berusaha lebih keras untuk memberi para pengguna
pengalaman yang menggembirakan di Shopee, sambil mendorong penjual dan rakan jenama ke tahap
lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang.”

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading