Kuala Lumpur – Pusat membeli belah Avenue K baru-baru ini mengadakan Cabutan dan Hadiah Bertuah bagi meraikan pemenang bertuah yang berjaya dalam acara peraduan perbelanjaan ‘AK Let Me Win!’ .
Cabutan itu menentukan siapa yang akan menjadi pemenang hadiah utama kereta Nissan Almera Auto Series 1.5E dan pebagai lagi hadiah hebat lain. Untuk menyertai peraduan Cabutan Bertuah ini, pembeli harus membelanjakan RM150 (RM100 untuk Ahli Kad Jiran AK) dalam satu resit di mana-mana kedai di pusat membeli belah Avenue K.

Sejumlah seribu lebih peserta dimaklumkan melalui SMS untuk menghadiri hari cabutan bertuah secara langsung bermula jam 3-5 petang pada 12 September 2020.
Hadiah hebat untuk direbut termasuk kereta Nissan Almera Auto 1.5E Black Series, Baucar membeli-belah iPhone 11, Samsung Galaxy Note 10 dan baucer RM1,000 dari Fitness First, Fire Fitness, Sephora, Village Grocer, Max Fashion, Skechers, Leather Avenue dan New Image.
Peraduan ini telah bermula pada 1 Mac 2020 dan berakhir pada 31 Ogos 2020.

Menurut Pengurus Avenue K, Phang Sze Sze, Avenue K akan sentiasa mengadakan pelbagai acara dan peraduan hebat bagi menarik lebih ramai pengunjung membeli-belah disamping mempromosikan pembelian dalam negara bagi meningkatkan ekonomi secara langsung.

Pada hari cabutan tersebut menyaksikan 3 pemenang utama telah diumumkan. Bagi pemenang utama yang membawa pulang sebuah kereta Nissan Almera adalah Shirley Ong Su Ying dari Kuala Lumpur yang diwakili anak lelaki beliau iaitu Tse Wei untuk mengambil hadiah.

Selain itu, How Lye Neo memenangi hadiah pertama berupa telefon bimbit Iphone 11 256GB, manakala tempat kedua dimenangi oleh Fong Meow Lee yang membawa pulang Samsung Galaxy Note 10 8GB + 256GB.
