Terkini

Selangor benar restoran, kedai serbaneka beroperasi sehingga 2 pagi

SHAH ALAM – Restoran dan kedai serbaneka di negeri ini dibenarkan kini beroperasi sehingga jam 2 pagi.

EXCO Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han, berkata penetapan itu dibuat susulan pengumuman waktu operasi baharu bagi restoran dan kedai serbaneka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan Selangor sudah membuat keputusan untuk turut membenarkan restoran dan kedai serbaneka di negeri ini untuk beroperasi sehingga jam 2 pagi seperti yang diumumkan oleh MKN.

“Kes COVID-19 di Selangor dalam keadaan yang terkawal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kini tibanya masa untuk menangani dan memulihkan ekonomi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya pencegahan penularan COVID-19 masih menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Justeru katanya, pengunjung dan pengusaha diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Pada Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan ke jam 2 pagi.

Sebelum ini, waktu operasi yang ditetapkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan sebelum ini, memutuskan waktu operasi premis perniagaan di Kuala Lumpur masih kekal sehingga jam 12 tengah malam sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, keseragaman waktu operasi premis perniagaan itu bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan agensi lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: