Terkini

Lelaki tunggang motosikal menggunakan kaki direman – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya menggunakan kaki bagi mengawal handel jentera itu, di Jalan Kuching di sini, baru-baru ini, direman hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata suspek berumur 36 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di sini, semalam.

Beliau berkata suspek juga disahkan positif dadah jenis ganja.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ringkas.

Semalam, dilaporkan polis sedang menjejaki seorang lelaki yang aksinya menunggang motosikal secara berbahaya selain bungkusan air di tangannya itu, menjadi tular di media sosial menerusi satu video berdurasi 41 saat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: