Terkini

LZS kutip RM17juta lalui pembayaran zakat online

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Zelangor ( LZS ) meningkatkan kempen menarik orang ramai membayar zakat dan menjadi pembayar zakat baharu termasuk menerusi pembayaran secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop berkata, langkah dimulakan semasa awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengutip RM17juta setakat ini.

Katanya, pembayaran zakat secara dalam talian berfungsi dalam memudahkan dan memperbanyakkan orang membayar zakat.

“Unjuran kita sehingga hujung tahun ini adalah jumlah keluarga fakir dan miskin di Selangor meningkatkan kepada 80,000 orang daripada 65,000 dan penstrukturan terpaksa dilakukan mengikut Maqasid Syariah dengan memfokuskan kepada mereka yang memerlukan bantuan makanan dan tempat tinggal terlebih dahulu.

“Kita mengharapkan dapat mengutip lebih RM800 juta atau bantuan terpaksa dikurangkan dan dikaji semula pada tahun depan. Ini berikutan, LZS menjangkakan kesan Covid-19 kepada pembayaran zakat akan berterusan hingga tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Dana Tabung Kebajikan Pesakit Hospital berjumlah RM1.77 juta kepada 17 hospital, pusat perubatan dan institut kesihatan.

Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi LZS, Datuk Dr. Aziuddin Ahmad yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Rohaizat Yon.

Menurut Saipolyazan, pihaknya turut menjangkakan jumlah pembayar zakat baharu akan meningkat menjadi 326,000 tahun ini berbanding tahun lalu hampir 41,000 dengan kerjasama
bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) contohnya dalam akses lebih ramai pembayar zakat dalam membantu asnaf yang terkesan kini.

Ujar beliau, peruntukkan RM1juta turut disalurkan untuk pekerja-pekerja di syarikat yang menjadi pembayar zakat kepada LZS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: