Gaya Hidup

Summerie lancar rangkaian produk mandian dan rambut, kini dijual di Guardian

Kuala Lumpur – Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berlemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan tiupan angin tropika? Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’. Summerie adalah rangkaian pencuci badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit. Penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian pengguna dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki.

‘’Summerie adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi. Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut.

Dengan menggunakan wangian premium yang diilhamkan oleh aroma asli, setiap produk Summerie adalah bebas silikon agar kulit dan rambut mendapat segalanya yang dipadukan dalam setiap botol. Dengan manfaat minyak biji bunga matahari. semua rakyat Malaysia kini dapat menikmati kesegaran musim panas setiap hari -yang juga mampu milik,” jelas Wahidah Rali, Penolong Pengurus Summerie.

Summerie adalah rangkaian produk yang dengan bangganya dicipta di Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut; ianya juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi. potassium dan kalsium; serta Omega-6.

Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.

Rangkaian Summerie terdiri daripada:

Grapefruit Purifying Body Wash, Chamomile Purifying Body Wash, Passionfruit Refreshing Body Wash, Ginger Refreshing Body Wash, Shampoo for Normal Hair, Shampoo for oily Hair, Shampoo for Dry Hair, Shampoo for Dandruff Care, Instant Moisturising Hand Sanitiser dan ower Action Spray Sanitiser.

“Kami sangat teruja dengan pengetahuan yang Summerie telah melabur dari segi penyelidikan bahan-bahan organik dan asli semulajadi untuk memastikan produk yang dilancarkan ini sememangnya yang dikehendaki orang ramai.

Sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia, kami sangat menghargai usaha mereka untuk menghasilkan rangkaian produk yang berkualiti ini. Ini kerana Guardian Malaysia ]uga mempunyai falsafah yang sama. Reputasi kami sebagai gedung jualan produk kesihatan. kecantikan dan penjagaan diri terkemuka dibina sejak 53 tahun dahulu, adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan produk yang berkualiti. kepelbagaian rangkaian produk yang kami tawarkan serta harga yang berpatutan” kata Soren Lauridsen, CEO Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty.

Anda boleh dapatkan rangkaian penuh produk Summerie yang merangkumi pembersih badan syampu dan pembersih tangan hanya di kedai-kedai Guardian di seluruh Malaysia, dengan harga runcit yang disyorkan dari RM4.90 hingga RM17.90.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: