Bisnes

Shopee 10.10 Brands Festival tawar produk 100% tulen daripada lebih 1,200 jenama dan peruncit

KUALA LUMPUR – Tahun 2020 telah menyaksikan kemajuan besar bagi e-dagang kerana rakyat Malaysia didorong mengutamakan perbelanjaan atas talian untuk pembelian barangan berjenama dan premium. Melihat kepada tabiat membeli-belah mereka dan bertentangan dengan anggapan bahawa perbelanjaan pengguna telah berkurang, Shopee mendapati bahawa permintaan meningkat bagi semua kategori di platformnya, dengan perubahan yang paling ketara direkodkan untuk jenama dan peruncit di segmen pertengahan dan atasan.

Kepercayaan bertambah untuk pembelian atas talian yang lebih besar dan bagi barangan berjenama
Selain barangan keperluan peribadi dan peralatan rumah, Shopee telah menyaksikan keyakinan dan
keselesaan yang semakin meningkat dalam pembelian barangan premium dan berjenama berharga
RM3,000 ke atas di platformnya. Perubahan ini dicerminkan dalam barangan yang dicari dan dibeli
oleh pengguna di platform ini. Dalam beberapa bulan ini, kata carian paling popular di Shopee ialah
iphone, laptop, washing machine dan smart TV manakala barangan terlaris termasuk Apple MacBook
Pro, Bosch Built-in Dishwasher dan Delonghi Coffee Machine. Perubahan ini didorong oleh jaminan
ketulenan 100% di Shopee Mall.

Infrastruktur dan penggunaan digital sentiasa berkembang dengan stabil di negeri-negeri seperti
Perlis, Kedah, Sarawak, Sabah dan Labuan. Namun, Shopee mendapati bahawa penggunaan dan
kebiasaan dengan e-dagang meningkat secara ketara di pinggir bandar negeri-negeri ini pada tahun 2020. Di saat e-dagang menyelesaikan cabaran berterusan berkenaan akses terhad kepada barangan
pengguna di luar Lembah Klang, Shopee juga mendapati bahawa permintaan untuk segmen premium
dan berjenama melonjak sebanyak lebih 300 kali ganda sejak tahun 2015. Pembeli luar bandar juga
dilihat semakin selesa dengan keseluruhan ekosistem digital kerana ramai yang telah beralih
daripada menggunakan kaedah pembayaran luar talian kepada ShopeePay untuk melakukan
pembayaran mereka.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Permintaan telah bertambah untuk e-dagang
pada tahun 2020 dan kami melihat peningkatan yang selari bagi tahap kepercayaan dan keselesaan
orang ramai dalam membeli-belah atas talian. Perkembangan ini menandakan tahap baharu bagi
industri e-dagang. Dengan bekerjasama rapat dengan jenama dan peruncit untuk mencapai
pertumbuhan, kami dapat melihat banyak kempen yang berjaya yang dijalankan untuk rakan kongsi
kami. Jenama-jenama yang dipercayai seperti Samsung telah memecahkan rekod pada tahun 2020,
mencatatkan hingga RM46,000 dalam satu transaksi, antara banyak pencapaian lain.”

Shopee lancarkan 10.10 Brands Festival, membolehkan peruncit meneroka peluang digital


2020 juga telah memacu jenama dan peruncit yang beroperasi melalui kedai fizikal termasuk Billion,
Al-Ikhsan, Eco Shop, Machines, ADIDAS dan Muji untuk meneroka model operasi hibrid menerusi e-
dagang. Dengan ekosistem e-dagang bersepadu Shopee seperti rangkaian logistik yang luas, alat
pemasaran dan kerjasama bersama agensi media, jenama dan peruncit dapat menawarkan
pengalaman membeli-belah yang mudah dan menyeronokkan. Selain menyokong mereka dalam
proses digitalisasi, Shopee terus kekal dalam komitmennya untuk membantu mereka dalam
menskalakan perniagaan dan memperoleh kecemerlangan atas talian dengan acara membeli-belah
tahunannya, Shopee 10.10 Brands Festival.

Ho menambah, “Kami berasa teruja melihat bilangan jenama tempatan dan antarabangsa yang
semakin bertambah di platform kami; ini menunjukkan bahawa semua orang mempunyai tempat
dalam ekonomi digital. Shopee sebagai pemboleh bagi transaksi e-dagang untuk jenama, peruncit
dan peniaga akan terus memberi sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang dalam
persekitaran perniagaan yang kian memulih namun kompetitif. Shopee 10.10 Brands Festival tahunan
kami akan berfungsi sebagai batu loncatan bagi mereka untuk membina hubungan dengan pembeli.”

Berlangsung dari 25 September hingga 10 Oktober, sebagai acara membeli-belah atas talian yang
terbesar untuk jenama dalam rantau ini, Shopee 10.10 Brands Festival akan memberi kejutan kepada
pengguna dengan penjimatan yang lebih besar. Mereka dapat menikmati tawaran RM10 eksklusif,
penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 dan memilih pelbagai pilihan produk
100% tulen daripada jenama kegemaran melalui portal dalam aplikasi, Million Dollar Brands
Discounts. Pada 10 Oktober, para pengguna dapat menikmati penghantaran percuma RM10 di
seluruh platform serta tawaran diskaun hebat hingga 70% dari 12 tengah malam hingga 2 pagi. Para
pengguna berpeluang memenangi hadiah, baucar dan Syiling Shopee bernilai hingga RM1,000,000
apabila mereka bermain permainan Shopee seperti Shopee Farm, Shopee Claw, Shopee Poly dan
banyak lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: