Terkini

Program Jiwa Murni rapatkan hubungan orang asli dengan warga tentera

Gerik – Program Jiwa Murni (PJM) Peringkat 4 Divisyen anjuran Cwg Risik MK 4 Div di Kampung Orang Asli Sg Kejar, Gerik, Perak telah dilaksanakan pada 25 Sep 2020 melibatkan seramai 21 Pegawai dan 25 LLP dari MK 4 Divisyen, Cwg Risik MK 2 Briged, 4 RS serta 621 PGAT. Pada kali ini juga, Kol Risik MK PMBTD, Kol Johari bin Ismail dan Pegawai Memerintah 4 Rejimen Sempadan (RS), Lt Kol Mohd Hisham bin Din turut serta bagi menjayakan PJM.

PJM yang dianjurkan ini meliputi khidmat pemeriksaan kesihatan dan pergigian, ceramah agama, motivasi, pemberian makanan asas, tuala wanita dan alat tulis yang dihulurkan kepada penduduk yang daif dan jauh dari pembangunan yang diduduki seramai 89 orang terdiri dari 22 buah keluarga. Program turut meliputi beberapa aktiviti seperti beramah mesra bersama penduduk, aktiviti riadah dan aktiviti bersama anak-anak penduduk kampung.

Barang sumbangan yang telah diberikan adalah seperti pemberian makanan asas, tuala wanita dan pakaian terpakai. Manakala peralatan seperti botol air, Lunch Box , Stationary Set , dan lain-lain telah disumbangkan oleh MKTD- Cwg Perisikan.

PJM ini merupakan salah satu usaha untuk mendekati serta mengeratkan hubungan kerjasama dengan masyarakat setempat bersama warga tentera. Pelaksanaan PJM yang melibatkan masyarakat setempat ini mempamerkan komitmen tinggi di samping berupaya meningkatkan kredibiliti organisasi Tentera Darat di mata rakyat. Program ini juga merupakan salah satu pelan tindakan 4 Divisyen untuk memenuhi keperluan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 serta Objektif Ketiga Direktif Perisikan dan Keselamatan Panglima 4 Divisyen tahun 2019-2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: