Gaya Hidup

Petron yakin lebih ramai pelanggan guna kemudahan ATM MyDebit

KUALA LUMPUR – Petron Malaysia yakin lebih ramai pelanggan akan menggunakan kemudahan ATM MyDebit di setiap stesen minyaknya susulan pelancaran siri kedua kempen peraduan ‘Fuel Penuh Gaya MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda’ kerana kaedah itu terbukti lebih cepat, selamat dan mudah.

Pengurus Besarnya Faridah Ali berkata keyakinan itu juga adalah berdasarkan kepada kejayaan siri pertama kempen peraduan ‘FUEL-YoooH MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda’ yang dilancarkan pada Januari 2020.

“Sepanjang siri pertama yang berlangsung pada Januari memang terdapat peningkatan jualan melalui MyDebit kerana Petron tidak mengenakan tahanan (pre-authorisation) RM200 untuk setiap pembelian bahan api walaupun serendah RM5.

“Ini adalah kemudahan yang Petron sediakan untuk pelanggan, kita tak nak bebankan pelanggan terutamanya penunggang motosikal,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen tersebut yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, di sini, hari ini.

Petron adalah rangkaian stesen minyak dalam negara yang pertama menawarkan pembayaran menggunakan kad ATM MyDebit tanpa tahanan RM200 selama tiga hari.

Kempen itu yang dijalankan secara kerjasama antara Petron dengan Tourism Malaysia dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) akan bermula dari 1 Okt hingga 31 Dis 2020 dan terbuka kepada semua pemegang kad ATM MyDebit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia.

Sementara itu, Nancy dalam ucapannya berkata, strategi pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan yang ditumpukan kepada pelancongan domestik boleh menjadi pemangkin dan asas untuk industri ini kembali cergas.

Menurutnya, ia adalah berdasarkan kepada Laporan Survei Pelancongan Domestik 2019 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan bahawa segmen pelancongan domestik pada 2019 telah merekodkan perbelanjaan sebanyak RM103.2 bilion.

Data tersebut juga menunjukkan bahawa bahan api kenderaan merupakan komponen kedua terbesar dari segi perbelanjaan perjalanan oleh pelancong domestik apabila sebanyak 16.7 peratus daripada jumlah perbelanjaan perjalanan dibelanjakan untuk bahan api kenderaan.

Sementara itu Nancy turut memuji kerjasama antara Petron dan PayNet menerusi peraduan tersebut kerana kaedah mudah berkenaan akan meningkatkan lagi mobiliti orang ramai yang seterusnya menyumbang kepada aliran tunai dan penjanaan pendapatan dalam negara. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: