Politik

Bukit Aman tangguh tarikh ambil keterangan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sepatutnya mengambil keterangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini berhubung kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong beliau mengambil alih kerajaan ditangguhkan ke tarikh lain.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, penangguhan itu dibuat berikutan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu hanya boleh hadir ke Bukit Aman pada Selasa (13 Oktober) pukul 9 pagi.

Keterangan Anwar, kata Huzir, perlu diambil berikutan PDRM telah menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada Ahli Parlimen Jerantut pada 8 Oktober lalu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Sehingga kini sebanyak enam laporan polis telah diterima dan PDRM masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini,” jelasnya dalam kenyataan media pada Isnin.

PDRM, kata beliau, telah meminta Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk hadir memberi keterangan pada pukul 11 pagi ini.

“Bagaimanapun, Setiausaha Sulit kepada Anwar memaklumkan bahawa Pengerusi PH itu hanya dapat hadir pada 13 Oktober jam 9.00 pagi.

“Justeru, PDRM telah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

PDRM menegaskan kepada orang awam agar tidak gusar dengan penyebaran berita tersebut dan menasihatkan semua pihak berkepentingan supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih.

“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak menyebarkan berita palsu, tidak sahih dan mengelirukan orang ramai,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: