Politik

Anwar akan jawab pada sidang media petang ini

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini.

Beliau yang tiba kira-kira 10.25 pagi melalui Pintu 2, dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pintu yang sama kira-kira 11.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang komen daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal.

Sementara itu, pihak media dimaklumkan Anwar akan membuat pengumuman penting pada satu sidang media khas jam 2 petang ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar akan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri baharu.Jumlah itu, beliau gambarkan, bukan sahaja melebihi majoriti mudah, tetapi ia sangat kukuh dan meyakinkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: