Terkini

Penganggur mengaku tidak bersalah guna gelaran “Tan Sri Dato” tidak diiktiraf di media sosial

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran “Tan Sri Dato” yang tidak diiktiraf di laman profil media sosialnya.

Mujeebudeen Abdul Samad, 61, didakwa menggunakan laman profil ‘Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen’ di pautan https://twitter.com/TSDMMujeebudeen  dan melalui perkhidmatan Facebook dengan menggunakan laman profil ‘Tan Sri Dato Mujeebudeen’ di pautan https://www.facebook.com/1UMNO secara sedar telah menggunakan gelaran dan panggilan suatu anugerah tidak diiktiraf.

Pautan itu kemudiannya dibacakan di Pejabat Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis  Bukit Aman, di sini pada  9 pagi, 7 Jun 2020.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 3 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (3) Akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin namun Mujeebudeen yang diwakili peguam Amanda Wong Yoke Ting memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tertuduh dan isteri juga menghidap penyakit jantung selain hanya mengharapkan bantuan wang yang diterima daripada anak-anaknya,” katanya.

Majistret Wong Chai Sia membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Nov untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: