Terkini

Jangan keluar daerah kalau tiada urusan penting – Polis Selangor

AMPANG JAYA – Polis Selangor akan menumpukan pemantauan penguatkuasaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan khususnya di laluan utama sempadan daerah dan negeri.

Justeru orang ramai yang tidak mempunyai sebarang urusan penting disaran untuk tidak cuba keluar dari daerah mereka menuju ke daerah lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata sekiranya mereka mempunyai urusan penting atau bekerja di kawasan lain mereka boleh menunjukkan surat dari majikan dan pas kerja ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Untuk mereka yang mempunyai hal kecemasan boleh mendapatkan kebenaran rentas daerah atau negeri dari mana-mana balai polis berhampiran.

“Namun pihak polis akan melarang atau mengarahkan mana-mana kenderaan untuk berpatah balik sekiranya tidak mempunyai sebarang kebenaran serta urusan mustahak,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, pagi tadi.

Noor Azam berkata, sepanjang hari pertama pelaksanaan PKPB semalam, seramai tiga individu ditahan di SJR kerana cuba melakukan kesalahan rentas daerah serta gagal menunjukkan sebarang kebenaran untuk berbuat demikian.

“Polis Selangor juga turut mengeluarkan 118 kompaun terhadap mereka yang ingkar arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Apa yang paling penting adalah ingat tiga perkara utama iaitu pakai pelitup muka, jaga jarak dan elakkan berkumpul di tempat sesak,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh 24 jam hari pertama PKPB juga sebanyak 63 SJR diadakan di seluruh Selangor dan penumpuan diberikan di zon merah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: