Terkini

Permohonan Jamal tangguh bicara kes saman Yeo Bee Yin didengar 4 Nov

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Nov ini sebagai tarikh baharu untuk mendengar permohonan Datuk Seri Jamal Md Yunos bagi menangguhkan perbicaraan kes saman fitnah difailkan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin terhadapnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Peguam Mohammed Nasser Yusof yang mewakili Jamal berkata permohonan anak guamnya itu akan didengar Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff.

“Semalam, pihak kami menerima e-mel daripada Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris berhubung pemakluman tarikh baharu berkenaan.

“Sepatutnya kes didengar hari ini di hadapan Rozana namun ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang dikuat kuasa mulai semalam hingga 27 Okt,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 16 Sept lepas, Jamal memfailkan permohonan penangguhan perbicaraan kes saman tersebut yang akan bermula 9 Nov depan sementara menunggu rayuannya diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Ogos lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman tersebut.

Sementara itu, Mohammed Naseer berkata pengurusan kes berhubung rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 22 Okt ini melalui kaedah e-review.

Pada 14 Jun 2017, Yeo selaku plaintif, memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Jamal berhubung kenyataan memfitnah berkaitan dakwaan menyalahgunakan dana Yawas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Yeo yang merupakan Ahli Parlimen Bakri, mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan memfitnah pada 21 Mac 2017, dan kenyataan itu telah diterbitkan oleh beberapa akhbar, portal berita dan dalam akaun Facebook Jamal.

Yeo mendakwa kenyataan Jamal, antara lain memberi tanggapan yang beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk kegunaan peribadi dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Selain ganti rugi am RM5 juta, Yeo juga menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi untuk menghalang Jamal daripada mengulangi dakwaannya itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: