Terkini

KWSP tutup sementara pejabat, kaunter di Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter agensi itu di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, bermula esok, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan arahan bekerja di rumah.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, temu janji secara dalam talian (JTO) di semua pejabat dan kaunter KWSP di negeri berkenaan akan dibatalkan serta-merta.

“Ahli yang membuat janji temu di semua pejabat di Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan yang dijadualkan dalam tempoh PKPB perlu membuat semula janji temu mereka selepas perintah kawalan tamat.

“Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, iaitu iAkaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) yang beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet, kaunter ejen bank berdaftar dan melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP.

Justeru, ahli dan majikan disaran untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.

“KWSP sedang mengambil pendekatan berjaga-jaga berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri terbabit dan di seluruh negara secara amnya.

“Walaupun, kami kesali kesan yang mungkin timbul akibat penutupan ini, kesihatan dan keselamatan ahli serta majikan yang hadir ke pejabat dan kaunter KWSP setiap hari dari pelbagai lokasi tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi pusat pengurusan pelanggan KWSP melalui talian 03-89226000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: