Terkini

Bendera Johor dikibarkan separuh tiang

JOHOR – Bendera Johor dikibarkan separuh tiang hari ini bagi menghormati kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohd Noh Ibrahim menerusi kenyataan semalam.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bendera Johor dan bendera daerah hendaklah dikibarkan separuh tiang pada Ahad, 25 Oktober.

“Ia bagi menghormati kemangkatan Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Rakyat Brunei semalam dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan Pengiran Muda Abdul Azim.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi semalam waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai hari ini .

Punca pemergian putera kesayangan ramai, yang juga putera kedua Sultan Brunei dan Hajah Maria itu masih belum diketahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: