Terkini

Mesyuarat tergempar PM bersama MB, KM esok dibatalkan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar membabitkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri besar dan ketua menteri yang dikatakan akan berlangsung di Putrajaya pagi esok, dibatalkan.

Sumber Pejabat Menteri Besar Selangor memberitahu, mereka dimaklumkan mengenai pembatalan itu beberapa jam selepas menerima notis mengenainya petang tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, pegawai khas kepada seorang menteri besar yang lain turut memberitahu perkara yang sama apabila ditanya mengenai pembatalan mesyuarat berkenaan.

The Malaysian Insight (TMI) sebelum ini melaporkan Muhyiddin memanggil semua menteri besar dan ketua menteri ke Putrajaya untuk satu mesyuarat tergempar pagi esok.

Laporan TMI itu menyebut notis panggilan mesyuarat itu dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu selesai mengadakan pertemuan khas di Istana Negara, petang Ahad.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.

Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Pemerintah dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: