Politik

Hajiji angkat sumpah sebagai ADUN

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M. Yahya itu berlangsung pada pukul 11.20 pagi tadi.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman mengangkat sumpah hari ini selepas tidak dapat hadir dalam majlis sama yang diadakan pada 9 Okt lalu kerana sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu didapati positif COVID-19.

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong; serta dua lagi ADUN Dilantik iaitu Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Amisah Yassin.

Bagaimanapun, ADUN Bugaya Manis Buka Mohd Darah tidak dapat hadir kerana masih menjalani tempoh kuarantin di hospital.

Sebelum ini, seramai 70 ADUN dan empat ADUN Dilantik mengangkat sumpah.

DUN Sabah mempunyai 73 ADUN dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept lepas, dan enam ADUN Dilantik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: