Terkini

KKM nafi data COVID-19 dimanipulasi – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) memanipulasikan data pandemik COVID-19 yang dilaporkan pihaknya.

Beliau berkata  data  COVID-19 dikumpulkan KKM sehingga 12 tengah hari setiap hari menggunakan sistem informasi maklumat kesihatan awam di setiap negeri. 

”Ia bukan dilakukan oleh saya seorang tetapi bersama pasukan sebalik tabir dari hari pertama (kes COVID-19).

“Janganlah bila sifar (kes COVID-19) dicatatkan data itu diterima. Tetapi bila 1,000 kes dicatatkan ada pihak yang tidak terima data tersebut,” katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata perbincangan turut dilakukan dalam menentukan kluster sesuatu kes.

Malaysia hari ini mencatatkan 1,240 kes baharu positif COVID-19, angka tertinggi sejak pandemik itu bermula di negara ini.  Ini merupakan kali kedua Malaysia mencatatkan kes positif baharu mencecah empat angka selepas mencatatkan 1,228 kes baharu Sabtu lepas.

Sementara itu Dr Noor Hisham menjelaskan sidang media perkembangan COVID-19 dibatalkan pada saat akhir semalam kerana beliau diminta membentangkan situasi terkini kes COVID-19 pada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung  di Istana Negara.

“Saya berkongsi perjalanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  (dalam menangani COVID-19) dari Disember hingga kini, perkembangan terkini COVID-19 dan tugas-tugas di lapangan,” katanya.

Semalam, sidang media Noor Hisham yang dijadualkan pada 5.30 petang dibatalkan pada kira-kira 3.45 petang. 

Dr Noor Hisham berkata dalam pembentangan semalam beliau turut memaklumkan mengenai jangkaan KKM iaitu situasi COVID-19 dijangka boleh dikawal dalam tiga hingga empat minggu.

Beliau berkata dalam sesi pembentangan itu, KKM turut ditanya mengenai vaksin dan beliau memaklumkan pada masa ini terdapat sembilan kajian mengenai vaksin namun KKM masih belum mendapatkan laporan yang lengkap katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: