Politik

PAS zahir kesetiaan terhadap kepimpinan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – PAS hari ini menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta mempertegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen PAS bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang menyifatkan PN sebagai kerajaan prihatin berkata tindakan itu adalah bagi memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.

“PAS menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

“Pada masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) turut menyeru rakyat Malaysia untuk berdoa serta memohon perlindungan berterusan daripada tuhan supaya dihapuskan segera wabak COVID-19 agar negara kembali selamat, aman dan bersatu-padu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: