Terkini

Satu maut, 125 mangsa berjaya diselamatkan dalam insiden Dayang Topaz

MIRI – Seorang kru kapal meninggal dunia manakala 125 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri, pagi Selasa.

Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Setakat jam 11 pagi, seramai 125 kru kapal yang terjun berjaya diselamatkan manakala 62 yang lain masih berada atas kapal, namun dalam keadaan terkawal, menurut Komander Suzanna Razali Chan, pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM.

Insiden itu bagaimanapun melibat kematian salah seorang kru kapal, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Zubil Mat Som turut berkongsi menerusi Twitter.

“Dukacita dimaklumkan seorang mangsa ditemui meninggal dunia,” jelas Mohd Zubil.

Secara keseluruhan, terdapat 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.

Tambah Komander Suzanna, empat mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini telah berjaya ditemui.

Hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu kabel sauh terputus ekoran cuaca buruk menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan lapan buah kapal dari Petronas dan Shell, sebuah helikopter dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pesawat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sebuah pesawat dari National Search Coordination Centre Brunei.

Bagaimanapun operasi menyelamat berjaya dijalankan oleh bot-bot yang berada di lokasi.Setakat jam 11 pagi tadi, pihak berkuasa dalam usaha untuk membawa masuk kesemua mangsa ke Jeti Pelabuhan Miri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: