Terkini

Waspada sindiket penipuan menggunakan logo LHDN

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihat sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengaut keuntungan dengan memperdayakan mangsa.

LHDN berkata modus operandi terbaharu sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDN dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain.

“Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dan sila lakukan pengesahan dengan LHDN Malaysia (LHDNM) serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LHDN berkata sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/, dan media sosial rasmi LHDN iaitu Facebook di https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter di https://twitter.com/LHDNMofficial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: