Politik

Belanjawan 2021: Kita kena teliti dulu, takkan nak sain blank cheque – Tun M

LANGKAWI – Ahli-ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu diberi peluang untuk meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen 6 November ini.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kelima-lima anggota Parlimen daripada parti berkenaan tidak mempunyai masalah dan bersedia untuk menyokong belanjawan berkenaan jika kandungannya memuaskan serta mampu mensejahterakan rakyat.

Tambah beliau, tindakan berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab setiap ahli Parlimen untuk meneliti sesuatu dokumen sebelum membuat keputusan menyokongnya di Dewan Rakyat.

“Kita nak bersetuju (dengan Belanjawan 2021), tapi kita tak tau apa dia (kandungannya). Macam mana (Ahli Parlimen Pejuang) nak setuju?

Takkan nak sain blank cheque.

“Kita nak tau apa dia tulis pasal dokumen berkenaan dengan bajet ni, tebal dalam dua bahasa – Inggeris dan Melayu… kita nak kena baca.

“Kalau kita dapati di situ ada peruntukan untuk beli beg tangan, kita tak jadilah (sokong) tak boleh nak lulus, takkan semua nak lulus, kita kena baca dulu,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Perjumpaan bersama wakil Parti Pejuang Tanah Air Parlimen Langkawi di sebuah hotel di Padang Matsirat, di sini pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pihaknya bersama kepimpinan Pejuang yang lain ketika ini belum dijemput untuk bertemu dengan mana-mana pihak dalam melakukan perbincangan terperinci mengenai Belanjawan 2021.

Pada Sabtu, perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perutusan khas berharap semua Ahli Parlimen dapat mengetepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.

Jelasnya, dalam belanjawan berkenaan kerajaan akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Susulan itu, menurut beliau, satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: