Terkini

RM3.7 bilion bagi sediakan 500,000 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang dijangka menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu selain pelbagai program peningkatan kemahiran dengan perbelanjaan sebanyak RM3.7 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia termasuk peruntukan RM2 bilion kepada program pengambilan pekerja PERKESO yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya yang akan ditambah baik dan dijangka dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan.

“Penambahbaikan pertama, insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan, kepada 40 peratus daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan.

“Kedua, bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU (orang kurang upaya), penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus.

“Ketiga, bagi sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan disediakan,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Menurutnya, 40 peratus daripada insentif itu disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing dan akan diberikan untuk tempoh enam bulan.

Tambah beliau, penambahbaikan keempat pula melibatkan mereka yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya.“Kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: