Bisnes

Bank Islam mula tawar bantuan bayaran lanjutan B40, PKS

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan menawarkan bantuan pembayaran lanjutan kepada pelanggan B40 dan perusahaan mikro yang sebelum ini sudah menerima sebarang bantuan bayaran balik bersasar.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata perkara itu seiring dengan Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan.

Beliau berkata, langkah terbaharu itu membuka laluan kepada golongan terjejas, khususnya kumpulan B40, M40 dan perusahaan mikro, menangani kesulitan dialami dan memberi peluang kepada mereka untuk kembali pulih setelah berdepan cabaran yang berpunca daripada kejutan pandemik COVID-19.

Penambahbaikan Bantuan Pembayaran Balik Bersasar kini meliputi individu kategori B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta perusahaan mikro yang memenuhi takrifan SME Corporation Malaysia dan mempunyai kemudahan pembiayaan dengan jumlah kelulusan sehingga RM150,000.

Pelanggan daripada kedua-dua kategori ini boleh memohon untuk menangguh bayaran ansuran bulanan pembiayaan mereka selama tiga bulan atau mengurangkan 50 peratus daripada komitmen bulanan untuk tempoh enam enam bulan.

“Bank Islam sedang memperhalusi proses terlibat bagi memastikan pelaksanaan cekap bantuan ini demi kemudahan para pelanggan.

“Maklumat lanjut berkenaan penambahbaikan Bantuan Pembayaran Balik Bersasar akan dikemas kini di laman web dan platform media sosial Bank Islam tidak lama lagi.

“Pelanggan boleh mula memohon bantuan ini bermula dari 23 November 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muazzam Mohamed berkata, bank turut menawarkan pengurangan pembayaran ansuran bulanan bagi kategori M40 yang berdaftar di dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan mengalami pengurangan pendapatan diri dan atau pendapatan isi rumah disebabkan pandemik ini.

Beliau berkata, pelanggan yang terkesan perlu membuat pengisytiharan kendiri berkenaan pengurangan pendapatan yang dialami bagi melayakkan mereka menerima kemudahan ini.

Katanya, Bank Islam menyedari bahawa COVID-19 memberi impak yang berbeza kepada masyarakat dan menghubungi pelanggan secara konsisten bagi memahami keperluan mereka dengan lebih baik.

“Dari sudut ekonomi, penambahbaikan kepada bantuan bayaran balik bersasar ini memberi kesan positif terhadap keyakinan perniagaan dan pengguna.

“Ia jelas memperlihatkan bahawa institusi perbankan secara proaktif menangani kepayahan yang dihadapi pelanggan mereka.

“Walaupun Bank Islam sentiasa bersedia untuk membantu permohonan bantuan yang diterima, namun pelanggan harus sentiasa menilai kedudukan kewangan masing-masing. Kami menggesa pelanggan untuk tampil mendapatkan sokongan yang diperlukan.

“Bank Islam akan terus membantu mereka membuat keputusan dan menyediakan pilihan kewangan

terbaik bagi membantu mereka mengatasi cabaran yang dialami,” katanya.

–BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: