Terkini

TASKA boleh beroperasi ikut SOP diberikan

PUTRAJAYA – Kerajaan sudah membenarkan semula operasi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini bagi memudahkan ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja sepanjang tempoh berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, berkata pihak pengendali TASKA perlu memohon kebenaran dan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sebelum membuka semula operasi mereka.

Beliau berkata, pembukaan semula TASKA ini bermula sejak Selasa lalu dan ia dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Kita menerima banyak aduan dari ibu bapa yang perlu keluar untuk bekerja dan kita harus menangani isu ini dengan segera. Kita faham kerana walaupun PKPB namun aktiviti ekonomi masih perlu berjalan.

“Justeru kementerian meminta JKM negeri untuk meneliti permohonan TASKA ini untuk pembukaan semula operasi dan kita sendiri tiada halangan mengenainya.

“Cuma apabila beroperasi, TASKA perlu mengikut SOP yang ketat termasuk menjarakkan waktu penghantaran antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak lain bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjaga,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pada masa sama, Rina berkata, SOP terperinci mengenai operasi TASKA pada PKPB ini sudah diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diwar-warkan kemudian.

Katanya, kebanyakan TASKA yang dibuka ketika PKPB ini adalah untuk menjaga kanak-kanak bagi membantu ibubapa yang bekerja dalam sektor swasta kerana ada dalam kalangan mereka masih perlu ke pejabat.

“Kalau di sektor awam, kita ada jadual yang hanya 30 peratus sahaja di pejabat dan selebihnya di rumah dengan menggunapakai sistem penggiliran.

“Tapi di sektor swasta ia bergantung kepada syarikat masing-masing justeru kita menggalakkan mereka turut melaksanakan sistem penggiliran ini bagi membolehkan pekerja bekerja dari rumah, ” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: