Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia akibat daripada serangan jantung hari ini pada usia 63 tahun.

Pegawai khas kepada Hasbullah, memberitahu, ahli Parlimen Gerik itu meninggal dunia di Raub, Pahang.

Difahamkan, Hasbullah hadir ke sesi Dewan Rakyat hari ini dan bergerak ke Raub selepas tamat sidang.

Hasbullah pernah menjadi setiausaha politik kepada Muhyiddin ketika beliau merupakan timbalan perdana menteri dan masih bersama Umno.

Pada Mei 2020, Hasbullah dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Hasbullah mengalahkan calon PAS dan PKR di kerusi Parlimen Gerik dengan majoriti 5,528 undi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading