Terkini

Peruntukan RM116,000 bantu 29 rumah anak yatim dan kebajikan Selangor

Shah Alam – Sebanyak 29 rumah anak yatim dan kebajikan di Selangor menerima peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM116,000 sempena Program Ramah Mesra Rumah Anak Yatim dan Rumah Kebajikan Bukan Islam Selangor.

Bantuan tersebut digunakan untuk aktiviti yang memberi impak kepada pembangunan sosial.

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan Dan Pembangunan Modal Insan ini turut membabitkan kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Bantuan disampaikan oleh Exco, YB Tuan Mohd Khairuddin kepada wakil-wakil rumah anak yatim dan rumah kebajikan dalam satu majlis di sini hari ini.

“Ini merupakan program yang akan berterusan dari kerajaan negeri sebagai usaha untuk memperkasakan nilai-nilai murni dan semestinya bantuan ini untuk semua tidak mengenal agama mahupun bangsa”

“Pada bulan ramadan lalu, bantuan telahpun disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan islam dan kali ini kita hulurkan pula kepada non muslim”

“Kita harap program sebegini dapat memberi impak pembangunan sosial sekali gus melahirkan masyarakat madani pada masa hadapan” katanya kepada Malaysianews TV.

Sehubungan itu, beliau turut menerima positif pandangan dan idea dari YIDE untuk mewujudkan majlis anak yatim bagi memperkasakan sumbangan, meningkatkan motivasi, aktiviti masyarakat bukan sahaja untuk pembangunan sahsiah malah melahirkan pelapis celik ilmu.

“Ianya satu idea yang baik dan InsyaAllah kita akan menelitinya”. katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: