Terkini

KKM sedia serap kakitangan kontrak kepada jawatan tetap

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa menghargai jasa dan khidmat petugas kesihatan meskipun ia dilantik secara kontrak khususnya ketika negara diancam pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya bersedia untuk memperakukan pegawai yang berkhidmat secara kontrak dan memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan untuk dilantik secara tetap, tertakluk kepada kekosongan serta pewujudan jawatan tetap dari semasa ke semasa.

“Bagi anak kelahiran Sabah dan Sarawak pula, KKM telah pun memberi keutamaan kepada mereka untuk dilantik dan mengisi jawatan-jawatan di negeri kelahiran masing-masing termasuk negeri yang lain sekiranya jumlah mereka yang berjaya dilantik melebihi daripada jumlah perjawatan di dua negeri itu.

“KKM sentiasa berusaha menambah jumlah pakar perubatan di KKM terutamanya dalam bidang kepakaran kritikal yang sangat diperlukan,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, KKM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan sekitar 1,200 slot pengajian bagi 23 bidang kepakaran untuk Pegawai Perubatan mengikuti program Sarjana Perubatan.

Selain itu, menurut beliau, KKM juga menyediakan Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway yang meliputi 14 bidang kepakaran buat masa ini.

“Untuk makluman, jumlah yang telah dibelanjakan bagi tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dari tahun 2017 hingga 2020 adalah sebanyak RM218 juta

“Dalam aspek saraan pula, pakej yang ditawarkan kepada Pakar Perubatan termasuk sub-kepakaran adalah disifatkan menarik.

“Faedah yang diberikan bukan sahaja bersifat monetari, malah tawaran juga diberikan dalam bentuk bukan monetari,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: