Terkini

SMA, SKMM sepakat tingkatkan jalur lebar di Sarawak

KUCHING – Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju meningkatkan hubungan jalur lebar ke kawasan yang mempunyai kekangan Internet di negeri itu.

Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, kedua-dua pihak berikrar untuk memastikan sinergi dan pelaksaan projek dapat dilakukan dengan cekap.

“Peningkatan liputan Internet 4G amat penting bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi dapat dinikmati seluruh rakyat,” jelas kenyataan berkenaan.

Peningkatan permintaan jalur lebar susulan pandemik COVID-19 ini mendorong SKMM untuk melihat kembali rancangan dan sasaran mereka untuk membina infrastruktur digital nasional yang terbaik.

“Salah satu hasrat SKMM adalah untuk menyediakan kelajuan jalur lebar bergerak pada purata 35Mbps menjelang akhir tahun 2021.

“Bagi mencapai sasaran ini kata kenyataan itu lagi, kepentingan melengkapkan fiber rangkaian yang menghubungkan antara menara sangatlah penting.

“Ia akan membantu meningkatkan kelajuan, dan pengalaman pengguna secara menyeluruh,” tambahnya.

Isu jalur lebar dan Internet menjadi panas kebelakangan ini, berikutan keperluannya untuk pelajar luar bandar menjalani proses pembelajaran dari rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: