Terkini

I-Kembali beri sinar buat 48 bekas banduan Penjara Tapah

Sepang – Seramai 48 bekas banduan dari Penjara Tapah, Perak tiba di pusat penempatan i-Kembali di Bandar Baru Salak Tinggi di sini untuk menjalani latihan sebelum diserapkan dalam sektor pekerjaan bermula khamis ini.

Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK),  Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad menjelaskan program I-Kembali menyasarkan untuk membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina kehidupan baru dan berada dalam kelompok masyarakat.

Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK),  Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad

“I-Kembali mengambil pendekatan berkerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi memberi ruang dan peluang kepada para bekas banduan bagi mendapatkan pekerjaan dan ini membantu mereka untuk bina kehidupan baru dan tidak kembali dalam perlakuan lama”

“Tidak kira bangsa samada Melayu, India atau Cina, walaupun penaungnya adalah Melayu, kita tetap beri peluang asalkan mereka adalah rakyat Malaysia”

Keseluruhan mereka adalah penghuni penjara yang masih mempunyai baki hukuman kurang tiga bulan dan mereka akan menyertai program i-Kembali sekurang-kurangnya enam bulan.

Bekas banduan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan di mana penempatan lelaki terletak di Bandar Baru Salak Tinggi manakala penempatan wanita pula di Jenjarom, Banting.

Beliau juga berharap usaha murni ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing disamping kerjasama dari mana-mana NGO atau masyarakat lain boleh datang membantu saya menjalinkan usaha sama dengan pihak kami bagi mengukuhkan program ini.

Untuk rekod, pada november lalu, PERGAK telah menghantar 22 orang bekas banduan memulakan kerja di syarikat pembuatan perabut di Kapar, Klang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: