Bisnes

E-Dagang dan Brick-and-Mortar perlu wujud bersama kerancakan ekonomi

Kuala Lumpur – Walaupun ekonomi Malaysia kini sedang bangkit semula dengan unjuran pemulihan 6.5% hingga 7.5%* pada tahun 2021, perjalanan ini dijangka tidak menentu dan bergantung pada peningkatan kes Covid-19. Shopee, semasa pelancaran 12.12 Jualan Ulang Tahun, hari ini mengumumkan beberapa langkah yang dilaksanakan bersama perniagaan yang berasaskan kedai fizikal, organisasi amal dan juga para pengguna yang penting kepada kerancakan ekonomi Malaysia.

Menurut Ahli EkonomiKanan UOB Malaysia Julia Goh, banyak usaha harus dilakukan kerana ekonomi telah mengalami kerugian yang diunjurkan berjumlah hingga RM67 bilion* akibat kesan pelaksanaan PKPD dan PKPB. Permintaan konsumer yang lemah dan kecairan yang ketat telah menyebabkan perniagaan menghentikan operasi samaada secara sementara. Difahamkan bahawa sektor Makanan dan Minuman (F&B) telah mengurangkan sebanyak 35% daripada tenaga kerja mereka semasa PKP pada bulan mac.

Goh menambah, “Perbelanjaan penggunaan peribadi akan terus menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2021 yang dijangka merangkumi hingga 60%* daripada KDNK negara. Oleh itu, sektor runcit dan perkhidmatan luar talian harus mencari kaedah baharu untuk berkembang maju dalam persekitaran pasca pandemik untuk mengekalkan pekerja mereka. Ini terutamanya kerana kadar pengangguran dan kehilangan sumber pendapatan mungkin menjejaskan kuasa pembelian pengguna yang penting untuk pertumbuhan ekonomi.”

“Salah satu cara adalah dengan mengintegrasikan strategi luar talian dan atas talian bagi mengatasi perubahan yang diwujudkan oleh kebiasaan baharu dan memanfaatkan potensi ekonomi digital yang semakin meningkat. Sumbangan e-dagangkepada KDNK meningkat daripada RM89 bilion pada tahun 2015 kepada RM127 bilion atau 8.4%* daripada KDNK pada tahun 2019.

Walaupun sumbangan jualan atas talian kepada jualan runcit secara keseluruhan masih kecil, ruang sememangnya wujud untuk ia menyaksikan pertumbuhan yang kuat,” katanya.

Oleh itu, Shopee telah menerajui usaha untuk membawa masuk atau onboard lebih daripada 1,000 perniagaan yang secara tradisionalnya beroperasi melalui kedai atau lokasif izikal. Bersama dengan pusat membeli-belah, pawagam, kedai makanan dan minuman, stesen minyak, salon kecantikan, dan banyak lagi di seluruh negara, mereka berusaha untuk mengukuhkan ekosistem dan terus maju kehadapan meskipun berada dalam keadaan ekonomi yang sukar. Shopee juga mengumumkan kerjasama baharu dan akan datang sempena 12.12 Jualan Ulang Tahun dengan rakan kongsi seperti:

Pusat Membeli-belah: Lot10, Quill City Mall, dan Tropicana Gardens Mall di Kuala Lumpur; Gurney Paragon Mall di Pulau Pinang, dan The Spring Mall di Sarawak

Pawagam: TGV Cinemas dan MBO Cinemas

SektorRuncit:FamilyMart, Padini, Pandora, Mydin, Caring

Makanan&Minuman: Starbucks, Coca-Cola, Gong Cha, Kenny Rogers Roasters, Tealive

Kerjasama ini akan menyaksikan Shopee menggunakan kelebihannya untuk berinteraksi dengan pengguna atas talian secara serta-merta dan menggalakkan pembelian produk, tawaran set menarik dan baucar tunai.

KetuaPengurusanPeniagaShopee Malaysia, Zed Li berkata, “Kami mempersoalkan bagaimana kami dapat menyumbang kearah kelangsungan bagi perniagaan yang beroperasi secara fizikal, dan mendapati peluang untuk memanfaatkan trafik kami yang tinggi bagi menarik pelanggan untuk mengunjungi kedai mereka. Selain itu, para pengguna juga dapat memainkan peranan dalam membantu syarikat kegemaran mereka mengekalkan aliran tunai yang lebih stabil dengan membeli tawaran mereka secara atas talian sebelum ke kedai untuk membuat penebusan.”

Li menambah, “Sifat berdaya tahan dengan sendirinya pada saat krisis tidak bersifat mampan. Semua industri perlu menjangkaui batas dan berganding bahu demi melindungi masa depan ekonomi Malaysia dan kesejahteraan rakyatnya.”

Tambahan kepada tiket dan baucar, peruncit luar talian mampu mencapai pengunjung yang lebih ramai ke kedai mereka dengan sokongan pulangan tunai setiap hari hingga RM8 apabila pengguna melakukan transaksi menggunakan dompet mudah alih ShopeePay. Penekanan pada pembayaran tanpa sentuhan juga mendorong rakyat Malaysia untuk membeli-belah dan berbelanja dengan selamat dalam gelombang penularan jangkitan ketiga ini.

Shopee akan terus menyokong komuniti perniagaan, samaada syarikat besar mahupun peniaga mikro menerusi insentif penjual dan pendidikan mengenai e-dagang seperti 12.12 Bengkel E-dagang percuma yang dilancarkan baru-baru ini. Modul bengkel ini termasuk literasi digital, cara untuk meningkatkan jualan dan pendedahan semasa kempen dan banyak lagi.

Selain menyokong perniagaan, platform e- dagang tersebut mengumpul sokongan untuk golongan kurang bernasib baik serta memberi ganjaran kepada pengguna pada 12.12 Jualan Ulang Tahun ini.

Inisiatif Amal #ShopeeGivesBack: Pandemik Covid-19 juga telah memberi kesan kepada organisasi-organisasi amal. Banyak organisasi seperti ini sedang mengalami kesukaran untuk meneruskan operasi. Oleh itu, Shopee bekerjasama dengan lebih daripada 30 rumah dan organisasi amal seperti MERCY Malaysia dan Zoo Negara bagi mengumpul dana demi usaha masing-masing melalui #ShopeeGivesBack. Inisiatif ini disokong oleh ahli Shopee Selebriti Skuad seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Neelofa, Erma Fatima, Fahrin Ahmad, Irma Hasmie, Datin Rita Sosilawati dan Zoey Rahman. Shopee juga mensubsidi bayaran yang dikenakan bagi transaksi pembayaran untuk jangka masa 6 bulan demi mempertingkatkan lagi sokongannya kepada organisasi-organisasi ini.

Jualan Ulang Tahun untuk seluruh rakyat Malaysia: Melalui kerjasama denganjenama, peruncit dan penjual, Shopee kini mengadakan perayaan terbesarnya untuk rakyat Malaysia sempena meraikan ulang tahunnya yang kelima. Dari sekarang hingga 12 Disember 2020, para pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, tawaran RM1 semasa Jualan Kilat Shocking Sale, aiskrim Family Mart percuma setiap hari daripada Shopee Farm, dan banyak lagi.

Shopee juga memperkenalkan rancangan permainan langsung baharu, Shopee Kotak Duit yang memberi ganjaran wang tunai hingga RM12,000 kepada pengguna. Disiarkan di Shopee Live pada pukul 9 malam setiap hari Isnin hingga Khamis dengan ses iistimewa pada 11 dan 12 Disember, pengguna yang bertuah perlu menjawab satu soalan mudah sebelum diberi peluang untuk membuka satu daripada enam kotak yang disediakan. Setiap kotak mengandungi nilai yang berbeza dengan nilai tertinggi berjumlah RM12,000. Sejak dimulakan, rancangan permainan tersebut telahmemberi ganjaran kepada dua orang peserta masing-masing dengan wang tunai sebanyak RM12,000.

Shopee juga menyajikan hiburan kepada penggunanya dengan rancangan countdown secara langsung 12.12 Birthday Bash pada 11 Disember dari pukul 9 malam. Disiarkan di Shopee Live, Astro Ria, Astro Gempak dan YouTube, konsert ini dibarisi bintang ternama seperti Sheila Majid, Faizal Tahir, Ruffedge, Misha Omar, Khai Bahar dan Dolla. Para pengguna juga berpeluang memenangi 12 juta Syiling Shopee daripada Goyang Shopee dan Shopee Tangkap, serta hadiah wang tunai bernilai hingga RM24,000 dengan bermain Shopee Kotak Duit.

“Tahun 2020 telah membuka mata kita dan menunjukkan kepentingan dan kemampuan teknologi untuk benar-benar membolehkan sesuatu perubahan positif. Kami terus komited dalam memacu pertumbuhan e-dagang pada tahun 2021 dan selanjutnya dengan membawa elemen ‘sentuhan manusia’ kepada pengalaman membeli-belah atas talian, memperibadikan serta mencipta perjalanan pelanggan yang lancar melalui pembayaran dan logistik bersepadu. Ciri-ciri yang menggalakkan penglibatan dan pengalaman inovatif yang menambah nilai kepada keseluruhan perjalanan membeli-belah di Shopee turut diperkenalkan. Ketika kita mengakhiri tahun ini dengan 12.12 Jualan Ulang Tahun, marilah kita terus menyokong antara satu sama lain, membantu mereka yang memerlukan dan menyambut tahun 2021 dengan semangat yang positif.” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan UlangT ahun, layari https://shopee.com.my/m/12-12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: