Terkini

200 jemaah tabligh terkandas di India sudah dibawa pulang

Kuala Lumpur – Seramai 200 orang jemaah tabligh rakyat Malaysia yang terkandas di India berjaya dibawa pulang ke negara ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar memaklumkan, kesemua mereka terperangkap sejak pandemik Covid-19 memuncak sekitar bulan Februari lalu.

“Setiap negeri di India mempunyai peraturan dan kehakiman yang berbeza, jadi kita perlulah patuhi undang-undang mereka dan Alhamdulillah, sekarang kita sudah bawa pulang hampir kesemuanya”.

Beliau ditemui dalam program sumbangan Mesin Hand Sanitizer kepada Balai Polis Sungai Besi.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan cecair pembasmi kuman dan apron kepada wakil persatuan penjaja Pekan Sungai Besi hari ini.

Sebelum ini seramai 144 jemaah tabligh dibawa pulang melalui beberapa misi bantuan kecemasan dan bencana (HADR) masing-masing pada 18, 22 dan 29 Julai, selain 26 Ogos dan 18 September lalu.

Semua jemaah tabligh berkenaan perlu menjalani kuarantin diri selama 14 hari di pusat kuarantin ditentukan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: