Bisnes

AMWAY MALAYSIA Sumbang Penggalak Imuniti, Bakul Makanan Berkhasiat

Kepada Keluarga Terkesan

KOTA KINABALU – AMWAY Malaysia Sdn Bhd (AMWAY Malaysia) mengumumkan sumbangan sebanyak 100 bakul makanan bernilai RM32,360 sebagai sokongan kepada usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyantuni keluarga terkesan di Sabah yang merupakan negeri paling terjejas berikutan gelombang ketiga
COVID-19.


Setiap bakul makanan mengandungi barang keperluan asas termasuk 5kg beras, sardin, susu, telur, mee, biskut, tepung, garam, gula dan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) Pursue Amway. Vergold, rakan niaga AMWAY turut menyumbangkan bar granola mereka.

Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat, AMWAY Malaysia juga menyumbangkan produk suplemen kesihatan dilengkapi vitamin penting, Nutrilite™ Bio C Plus All Day Formula dan Nutrilite™ Mixed Probiotic dengan ekstrak akar chicory. Makanan suplemen tersebut dapat membantu menangani masalah kekurangan nutrien penting di kalangan keluarga terjejas yang mungkin terjadi berikutan krisis kesihatan yang melanda.

Nutrilite™ Bio C Plus All Day Formula dilengkapi dengan teknologi pelepasan berperingkat bagi memastikan dos vitamin C harian yang mencukupi. Ia dihasilkan dari ceri acerola, salah satu bentuk vitamin C semula jadi paling asli yang penting untuk sistem imuniti yang kuat.

Nutrilite™ Mixed Probiotic dengan ekstrak akar chicory pula membekalkan probiotik pada tahap sokongan klinikal untuk kesihatan sistem usus dan imuniti. Kajian mendalam menunjukkan bahawa bahawa 70 peratus dari sel imuniti berada pada sistem usus, yang penting dalam menyokong sistem pertahanan semulajadi tubuh.

Pengarah Urusan AMWAY Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong berkata bahawa AMWAY Malaysia berdedikasi dalam membawa impak sosial yang positif kepada komuniti menerusi solusi nutrisi dan kesejahteraan AMWAY.

“AMWAY ialah sebuah syarikat yang komited untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang baik dan sihat. Kami percaya bahawa usaha menangani pandemik COVID-19 ialah satu tanggungjawab bersama, termasuklah memenuhi keperluan nutrisi asas dalam komuniti yang mungkin terjejas susulan pandemik. Melihat kepada kemungkinan risiko ini, AMWAY Malaysia bekerjasama dengan JKM untuk menyediakan bantuan makanan dan penggalak imuniti Nutrilite™ yang dihasilkan dari bahan asli untuk melengkapi keperluan nutrisi makanan di kalangan komuniti semasa tempoh yg sukar ini.”

Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Ir Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bagi pihak JKM. Beliau berkata bahawa sumbangan AMWAY Malaysia mampu membantu mengurangkan impak berikutan krisis kesihatan di kalangan komuniti.

“Pihak kami sangat berterima kasih dengan sumbangan AMWAY Malaysia kepada keluarga yang terjejas akibat kekangan COVID-19 yang disalurkan tepat pada masanya. Kami percaya sumbangan ini mampu meringankan beban rakyat Sabah yang terkesan disamping meningkatkan kadar nutrisi harian mereka dan membawa kesan postitif kepada kehidupan mereka,” ujar beliau dalam ucapan majlis serahan bakul makanan yang dilangsungkan
bersempena dengan majlis pelancaran program Kembara Prihatin Negara peringkat negeri Sabah anjuran JKM Sabah di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Sepanjang tempoh pandemik ini, AMWAY Malaysia terus menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKM, dengan jumlah sumbangan tunai dan barangan bernilai lebih RM2.5 juta. Sehingga kini, AMWAY Malaysia telah menyumbang 250 unit penapis udara Atmosphere bernilai RM1.4 juta kepada KKM dan mengumpul dana sebanyak RM326,940 bagi pembelian kit ujian untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selain dari hospital kerajaan, AMWAY Malaysia juga telah menyumbangkan 25 unit penapis udara kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan 71 unit kepada pusat perlidungan seliaan JKM di seluruh negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: