Terkini

MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem ‘Babi’

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk tampil mengemukakan aduan kepada agensi itu berhubung filem kontroversi berjudul “Babi”.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Selain AKM, penelitian juga boleh dibuat oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengikut peruntukan undang-undang lain yang terpakai berkaitan dengan kandungan atau penyiaran kandungan.

“Sekiranya hasil penelitian dan siasatan yang dijalankan mendapati terdapat unsur pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang sedia ada, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh agensi yang berkenaan selaras kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang,” katanya agensi itu dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, MCMC memaklumkan telah berhubung dengan pihak YouTube pada 19 November lalu berhubung treler filem “Babi” yang dimuat naik di saluran milik Namewee, namun masih menunggu maklum balas.

Filem “Babi” arahan penyanyi dan pengarah muzik, Namewee menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak kerana didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian penduduk berbilang bangsa di negara ini.

Malah terdapat beberapa laporan polis telah dibuat berhubung filem berkenaan.Sebelum ini, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 37, mencetuskan kontroversi pada tahun 2007 apabila menghasilkan video rap dari lirik lagu kebangsaan yang menghina negara, pasukan polis, Melayu dan azan.

Selepas menerima desakan daripada pelbagai pihak, dia kemudiannya membuat permohonan maaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: